Berdasarkan
pengalaman nyata dari Singapura pada zaman perang pendudukan Jepun lahirlah
sebuah novel realisme sosial yang merakamkan nasib sekelompok manusia yang
diberi judul Sungai Mengalir Lesu. Novel ini merupakan karya pengarang besar
sasterawan A Samad Said (mesra dipanggil Pak Samad). Sungai Mengalir Lesu,
merupakan novel kedua Pak Samad. Novel ini lahir selepas karya sulungnya, Salina (1961). Seiringan dengan tajuk, dari
latar jambatan dan sungai di kota Singa ini terbentang sebuah kehidupan manusia
disekitar kawasan itu. Sungai Mengalir
Lesu setebal 153 halaman padat dengan watak-watak berbilang bangsa dan agama,
berbeza usia, gender dan tempat. Tetapi semua perbezaan itu dipertemukan
pengarang dalam novel ini menerusi jalinan persamaan nasib, iaitu korban
peperangan!
Justeru
itu, jambatan hijau dan sungai menjadi elemen penting yang menghubungankan
watak-watak dalam novel ini. Permasalahan yang diketengahkan pengarang ternyata
memberi impak yang berbeza dengan novel lain pada waktu itu. Namun begitu, rasa
kemanusiaan itu tetap sama. Pengarang menjelaskan bahawa perang mengakibatkan
masalah bekalan makanan dan kebuluran. Dalam keadaan yang tegang dang terdesak
pada waktu itu, sungai adalah amat penting dan menjadi sumber rezeki.
Penciptaan
novel Sungai Mengalir Lesu ini terhasil dengan gabungan sensitiviti dan
kreativiti A. Samad Said. Idea-idea beserta pengalaman hidupnya yang lampau
semasa tinggal di Singapura banyak menjadi inspirasi untuk menyusun jalan
cerita ini.
Tidak
seperti novelnya yang sebelum ini, Salina. Kali ini A. Samad Said membuat
kelainan sedikit dari segi ketebalan dan juga skop manusia yang terlibat. Jika dalam
novel Salina, skop manusia yang ditampilkan adalah individu. Dalam Sungai
Mengalir Lesu, isu yang lebih luas dan melibatkan keluarga demi keluarga, kisah
sebuah kampung, sebatang sungai dan sekumpulan manusia dalam suatu era yang
mengerikan. Dalam novelnya kali ini, A. Samad Said merakamkan satu peristiwa
yang besar dan luas dalam suatu ruangan terbatas.
Sebagai
seorang yang sememangnya membesar semasa zaman penjajahan, pastinya tidak
menjadi masalah untuk beliau menggambarkan keadaan pada ketika itu. Isu
peperangan yang diangkat dalam novel ini sesuai dengan pengalaman peribadinya
yang pernah melihat bagaimana British dan Jepun menakluk Tanah Melayu.
Novel ini
bermula sewaktu penghujung pendudukan Jepun di Singapura, semasa perang Pasifik
dan kemaraan Tentera Bersekutu di Asia. Sepanjang cerita ini, pembaca akan
dapat merasakan perasaan kegugupan akibat bom-bom yang meletup merata-rata
tempat.
A. Samad
Said melihat penciptaan novel seperti Sungai Mengalir Lesu cukup penting
sekarang ini. Terutamanya dalam keadaan masyarakat dipisah-pisah, diasingkan,
terbiar bergelap, tanpa sedar, terkapai-kapai dan sedang meniti kekaburan masa
depan.
Gaya
penulisan A. Samad Said sememangnya berbentuk balada dan naratif. Jika isu
pelacuran dan kawasan setinggan yang terdapat dalam mana-mana karya beliau
mempunyai similar dengan novel Salina, isu zaman penjajahan di Singapura pula
juga mempunyai similar dengan novel Di Hadapan Pulau.
Novel Di
Hadapan Pulau mengisahkan kehidupan peghuni sebuah kampung di persisiran pantai
ketika menjelang Perang Dunia Kedua dan pada peringkat awal perang, sekitar
tahun 1940-an. Tidak jauh dari kampung itu terdapat sebuah pulau yang dikenali
dengan nama Pulau Jakun atau Pulau Petaka. Kanak-kanak dan orang dewasa ingin
mengetahui misteri pulau tersebut tetapi ditegah berbuat demikian kerana ianya
berkemungkinan akan berhadapan dengan bahaya. Penduduk kampung hidup dalam
kesusahan dan ketakutan menjelang perang, walaupun tentera British dan
Australia masih berkuasa. Afidah dan Aziz yang ketiadaan ibu bapa bergantung
harapan kepada Tuk Marzuki, selain Joyah dan suaminya, Budin. Beberapa penduduk
kampung seperti Taksiah, Joyah dan Rosiah berpeluang bekerja di kem tentera
dengan gaji yang berpatutan. Menjelang perang, penduduk kampung mebina kubu.
Manakala tentera Australia memberikan latihan tentang bunyi siren dan cara
menyelamatkan diri. Tuk Marzuki terpaksa balik ke Melaka untuk mengambil beras.
Manakala Ridwan ke San Fransisco untuk membina penghidupan baru.
Perang
meletus dan tentera Jepun menggugurkan bom dan tembakan tanpa mengira sasaran,
menyebabkan tentera Australia tewas dan kehidupan penduduk kampung semakin
susah. Ramai penduduk kampung ditangkap dan ramai juga yang terkorban termasuk
Tuk Marzuki. Kematian Tuk Marzuki telah menyebabkan Afidah dan Aziz diancam
kebuluran. Ramai penduduk kampung jatuh sakit, bekalan makanan semakin
berkurangan dan penduduk sanggup berbuat apa sahaja untuk hidup. Akibat desakan
hidup yang mereka hadapi, kes-kes seperti membunuh, melacurkan diri, merompak dan
membunuh haiwan belaan orang lain semakin menjadi-jadi. Ramai yakin peperangan
akan tamat tidak lama lagi dengan pendaratan kembali tentera British dan
Amerika di Asia Tenggara.
Boleh
dikatakan bahawa sepanjang zaman kanak-kanak beliau adalah pada zaman perang
dan penjajahan yang serba sukar dan menyedihkan. Di belakang rumah sewanya (
kedai kepunyaan India Malbari) terdapat
sebatang sungai yang mengalir begitu perlahan; Sungai Rocher namanya.
Dipercayai bahawa sungai inilah yang digambarkan oleh A. Smad Said di dalam
novel ini. Pengarang telah menggambarkan sungai itu dengan begitu teliti dan
mempunyai makna yang tersirat dan tersurat.
Penceritaan
mengenai sungai sebagai sumber rezeki menjadi penggerak perjalanan watak-watak
dalam novel ini, seperti salah satu dialog yang dituturkan watak Mulyadi kepada
temannya Irwan. Kedua-dua watak ini merupakan tawanan buruh paksa landasan
kereta api dari Jawa, mereka terkandas di Singapura. Sungai dan jambatan bukan
sahaja menjadi lambang perjuangan kehidupan tetapi juga saksi kematian.
Selain
sungai dan jambatannya, pengisahan novel banyak tertumpu pada latar di dalam
shelter, tempat perlindungan daripada pengeboman. Perang turut mengundang
desakan hidup, kemiskinan, kejahatan dan punca penderitaan.
No comments:
Post a Comment