Selamat Datang & Salam Perkenalan

Tuesday 5 April 2016

Sasterawan Negara, A. Samad Said

Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said merupakan seorang sasterawan tanah air yang banyak terlibat dalam bidang penulisan kreatif. Dalam bidang penulisan, beliau lebih dikenali dengan nama penanya seperti A. Samad Said, Hilmy Isa, Jamil Kelana, Manja,  Mesra, dan Shamsir. Beliau dilahirkan pada  9 April 1935* di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A.Samad   Said   dibawa   oleh   keluarganya   ke   Singapura.
Datuk A.   Samad   Said   memulakan pendidikan formalnya di Sekolah Melayu  Kota Raja (1940-1946) dan Sekolah Inggeris di Monk’s Hill School. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution. Beliau terpaksa pindah pula ke Beatty Secondary School kerana terlebih usia. Akhirnya, beliau memperolehi sijil Senior Cambridge pada tahun 1956.
        Pengalaman   kerjaya   A.   Samad   Said   bermula   sebagai   kerani,   pengarang   di Utusan   Melayu,   Berita   Harian,   Kumpulan   The   Straits   Times,   dan   ketua   pengarang akhbar   Warta   Teberau.   Jawatan   terakhir   A.   Samad   Said   ialah   sebagai   ketua pengembangan   sastera   dalam   Kumpulan   Akhbar   The   New   Straits   Times,   Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya. Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera seperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel Oliver   Twist,   Wuthering   Height,   dan   Almayer’s   Folly.   Beliau   juga   menggunting   dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya   sendiri.   Kegiatan   menterjemah   beberapa  karya   asing   juga  secaran   tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesusteraan. Bermula   detik   alam   persekolahan   hingga   kini   A.   Samad   Said   tida   jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN   ,   Riwayat   Hidup   Rasululiah   s.a.w   dalam   Puisi (1999) dan   kumpulah  puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn  Bhd.Beberapa  karyanya  diadaptasi  menjadi  teater/drama  pentas   seperti  Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau.
Pencapaian   dan   sumbangan   A.   Samad   Said   dalam   memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA   Write   Award   (1979),   Anugerah   Sasterawan   Negara   (1985),   dan   Anugerah Sasterawan Nusantara (1999). Selain   pengiktirafan   dalam   bidang   sastera,   A.Samad   Said   juga   telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003) Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan   Negara   yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

No comments:

Post a Comment

Jumlah Pengunjung